0

..Buruk nya..

Kali ni oh.ha.xie bermood ustazah sket, jalanlah memandang serong..entri kali ini sekadar untuk peringatan pembaca dan diri sendiri yang serba kekurangan jugak. Semakin hari, dunia ni semakin menduga.. yang beriman nya semakin sedikit, tetapi yang mengaku beriman semakin ramai.. hakikatnya hanya Allah yang mengetahui.
Jadi walau siapa pun anda, selagi anda bergelar muslim..marilah kita saling mengingati. Asalnya oh.ha.xie tidak meletakkan tajuk yang penuh kerana dibimbangi kurangnya minat orang lain membaca nya. Biarlah pelawat membaca dulu entri kali ini walaupun sekadar bacaan kosong. Semoga kita sama2 diberi petunjuk dan hidayahNYA.
DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya. Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya:


Keburukan melakukan Maksiat:

DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya. Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya:

1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Ketahuilah, kemaksiatan dalam hati dapat menghalang serta memadamkan cahaya itu.

2. Maksiat menghalang rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." (HR Ahmad).
Justeru, kita perlu meyakini takwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita berasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu maksiat.

3. Maksiat membuat kita jauh daripada Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki mengeluh kepada seorang arif berkenaan kesunyian jiwanya. Arif itu berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu."

4. Maksiat membuat sulit semua urusan kita. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gelita.

Ibnu Abbas r.a. berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.

5. Maksiat melemahkan hati dan badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar daripada kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya.

6. Maksiat menghalang untuk kita taat. Orang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Orang yang berbuat maksiat seperti orang yang satu kali makan, tetapi mengalami sakit berpanjangan.

7. Maksiat memendekkan umur dan menghapus keberkatan. Pada dasarnya, umur manusia dihitung daripada masa hidupnya.

Imam Nawawi hanya diberi usia 30 tahun oleh Allah s.w.t. Meskipun hidupnya pendek, namun berkat. Kitab Riyadhush Shalihin dan Hadits Arbain yang ditulisnya memberinya keberkatan dan usia yang panjang, sebab dibaca oleh manusia daripada generasi ke generasi hingga saat ini dan mungkin generasi yang akan datang.

8. Maksiat mematikan bisikan hati nurani. Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Itulah akibat maksiat. Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, dia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakukannya. Bahkan dengan bangga menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya kepada orang lain.

9. Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan 'ketagihan' dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.

Kredit to Ash750

Shhh:~ Bila kebiasaan itu menjadi tabiat dan darah daging, maka perkara itu tidak lagi dipandang sebagai satu kesalahan, Malah akan diiktiraf oleh orang lain sebagai satu kemestian. Ya Allah, jauhilah kami kemaksiatan, kemungkaran dan juga kezaliman kami sendiri.Amin~

0

ada apa dengan wanita.?

"Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada ALLAH SWT"



" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? " Lalu ALLAH SWT menjawab...




"Ada banyak keistimewaan yang dimiliki oleh ciptaanku ini"..
* Dibalik kelembutanya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
* Tutur katanya merupakan kebenaran..
* Senyuman'nya adalah semangat bagi orang yang dicintainya. .
* Pelukan & ciuman’nya boleh memberi kehangatan bagi anak2nya..
* Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa..
* Dia terharu,dia menangis bila melihat kesengsaraan pd org2 yg dikasihinya...
* Dia mampu tersenyum di balik kesedihannya. .
* Dia sangat gembira melihat kelahiran.., dia begitu sedih melihat kematian..



Shhh:~ Sesungguhnya kelemahan kita itu sendiri adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepada kaum hawa ini.
5

..Bila umur dan makin meningkat..

Bila umur semakin meningkat ni mulalah soklan2 panas hinggap kat telinga, naik rimas pun ade.kadang2 tersipu-sipu malu sendiri, tapi tak boleh nak tunjuk kat orang.

Kadang2 ade gak terfikir, umur dah masuk 24 tapi masih single sampai sekarang. Mungkin ade yang nak pandang serong, silakan. "memilih sangat kot". Statement buat i hot u~.

Takkan nak main belasah jer bab2 jodoh or pasangan ni. Ade gak dapatt jawapan."saya tunggu orang kaya masuk minang"."saya nak tunggu pilot, engineer,arkitek bagai" hahha mesti korang plak yang hot dengar ayat ni kan. Tapi saya bercaya, bila datang nya jodoh kita, siapa pun die..dia pasti menjadi wira pujaan hati kita kan?

"Ape ko hengat ko tu diva? Erra fazira ke nak tunggu datuk, tan sri masuk minang." ophw pelis.. Takde lah macam erra . Macam Brietney tu ade lah.muaaahahhaa~ .Kadang saya pun naik heran, nape hidup saya ni tak sama ngan orang. Mungkin tak cukup cantik sampai takde orang nak ushar?, tapi deep from my bottom of heart saya tau ade hikmah disebalik apa yang terjadi..*deep lg..bottom lg..ape lg nak? Saya tak cukup bersedia dari segi mental,dan iman..

Mungkin lah saya tak boleh nak explain secara specifik dari segi syarak mahupun scientific, yang pasti nya jodoh saya tak sampai lagi. Atau pun dah ade hint2 tapi masih buat2 tak faham. Actually that is me. Saya suka sangat mengelak perihal tu. Ye lah, seriously saya tak bersedia. Kapel? Katakan tak nak. Tu saya nyer motto lh! Hahaha.

Dari skool dulu smpa sekarang, saya sekadar jadi tempat orang meluahkan kisah cinta. Kadang2 i jugak jadi dokter chenta. Bidang terjun ni..xperlu kursus2 or sijil degree bagai. Main hentam sedap mulut jer nak cakap. Tapi kadang ade betul gak.kadang kita perlu mintak nasihat orang yang tak bercinta maka nasihatnya dari akal bukan dari hati. Tapi hakikatnya xdek sape pun nak dengar dan amal. So, mungkin berbuih2 mulut berceramah tak berbayar tu tak bernilai.

Cinta, ape pun biarlah lahir secara semulajadi, tak perlu dicari tak berlu digali. Wakaupun umur dah makin mengikat tak bermakna kiter perlu main hentam jer sape lalu depan mata.Hello~ kamu tu gadis, jaga kesopanan dan kesusilaan sikit.hehehe ape pun yang mendatang saya tak akan mulakan dulu. *malu ok!

Malah, secara peribadinya saya nak confess. Saya tak reti langsung pasal cinta or kapel. Yang penting saya akan shaking dan nerves bila berdepan dengan perkara yang saya suka.hahahha well kalo ade kursus leh register ni.hahaha .Ataupun sape2 nak bagi private lesson kat saya dialu2kn. TEACH ME HOW TO LOVE.!

Orang kata cinta tu mcm kopi, walaupun pahit ade manisnya.. btw. I suke giler coffee!!!!

Setakat ni kisah2 jodoh bagai tu saya serahkan kat parent. Kalo diorang nak menantu sangat cari lah yang sesuai dan ikut pilihan mereka lah. Saya tak reti bab2 ni. Tapi mak, ayah tolong cari yang mampu sara saya dan yang penting anak mu ini dapat hidup dengan gaya hidup muslim sejati.ahaks"cop!! Satu lagi mak, ayah...carilah yang boleh terima keluarga kita seadanya". Ngeee~

Ye lah macam2 kisah dah ni,nk bg hint nak suh saya cari calon lah tu.? Ermm adik ade 3 orang lagi. Xpon kasik asik jer kawen dulu. Hahhaha.saya tak puas hidup single dan tak bersedia berkorban untuk orang lain lagi. Parent paling penting,saya nak diorg merasa dulu duit hasil kerja ni before saya menyimpan kaw2 untuk kawen. Tak pon tggu adek leh sara parent then baru saya pikir pasal diri sendiri. Btw, sape yang suka hidup sorang dan tanpa tempat mengadu,bermanja kan? Nak mengadu bermanja ngn maka ayah pon dah besau panjang..segan lak..huhu. Geli plak entry kali ni kan. Lepas abaca sila sediakan plastic..erkkk!!

*next time saya akan temubual dan selongkar kisah cinta sorang kakak ni. Walaupun takde activity ngedate2 kuar bagai tu.. mereka dipertemukan dijinjang pelamin. Kisah benar OK.

Shhh~ : Cinta itu Kurniaan Tuhan, Fitrah insani.. apepon tingkatkan iman dan jagalah diri.


0

..last day kak liza..



last day kak liza kat TM.i'll miss u sis...dun be sad...
jauh dimata dekat dihati katakan.
kak liza yang nakal dan selalu kaco buli dan kenakan saya..
thanks for being my part of my life everythings.
ja
thanks for everyth
esok masih ada... saya tak nak nangis...ok.
tak..saya tak nangis (T__T).
saya happy jer...
ni pic last day kak liza.

lepas tu sibuk dok pegang perut yani. due bulan 5... eiii geram2..
baby2 cepat kuar...hehhehe


0

..Turn to 23th..

Its so funny coz i'm creating my own (wut kind of person is this?) ... Its seems not so special. But its memorable enuff for me.
Yaaaakkkkk~ i'm 23 years old... Lets grow up oh.ha.xie... Looking forward my new days.


Shhhh:~ i'll post new entry soon or late coz these day so tiring and not enuf time to blogging.
0

.Sketch 2.

Here come new sketch. Truthfully, saya memang fail untuk melukis wajah sebenar. Potret is not that easy, seriously memang xdek basic . tapi, ape2 pun tangan ni gedik2 nak try gak.huhuhu. Well ni lah hasilnya.

70 % siap. ❤ KimHyunJoong Oppa ❤ .. Mi-an-de*

sHHh:~ I just fall in love with him lately…Kyaaahahahha~

*Mi-an-de: Sorry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top