0

..Parachutte..

Semalam saya mimpi.. Macam biasa lah mimpi saya ni kadang leh dibuat movieTapi semalam kepala sudah puyeng lepas ambik ubat selsema maka tidurlah daku dalam lena.Ecewah.

Masa mimpi kaki,tangan kompem terangkat2 , well struggle naik paying terjun kot.

Maka bermula mimpi ku..

I was like somwhere yang tak familiar.Cantik sangat,terasa diri ni macam diawang2an.Dibawah nampak hijau,biru..yang pasti warna tu seperti pokok2 dan air laut.Tiba-tiba rasa gayat sangat then masa tu lah saya perasan yang kaki ni tak rapat kat bawah.Pandang kiri dan kanan,kelihatan 2,3 orang sedang mendarat dengan payung terjun.Sedar tak sedar..saya juga sedang mendarat dengan payung terjun.Dengan kemas aku gengam tali payung terjun dan menjerit skuat hati. Sedar dah smpai bawah...dan permukaan tanah tu sangat lembut.

Walaupun sekadar mimpi, tapi kiranya saya pernah naik lh jugak paying terjun…korang ade? Xdeekkkkk~

Dan kat situ nampak lah 2,3 orang lalu lalang berpakaian tak seperti biasa yang kita tengok.Lepas tu ada seorang lelaki memberi taklimat kepada kami2 yang baru saja mendarat.

" Selamat datang ke planet $%^&@#, kat sini anda boleh melawat tempat menarik dan patuhi arahan dan lindungi alam.

Dalam hati "ape lah tempat ni". Tempat tu sangat kecil dan cantik, kadang2 terasa seperti berdiri di atas sebuah globe. So nice…. Oleh kerana tempat tu tak cukup besar,jadi kejap jer kami pusing2 melawat.Tak ada bangunan, tak ada rumah, 100% nature., amazing.Kat situ sejuk dan dingin..cerah tapi tak panas. Kat bawah kaki permukaannya lembut tapi jernih seperti kaca.

Lepas tu part paling lawak, kami diberitahu supaya bersedia dengan payung terjun masing2 untuk pulang. Jadi terkedek2 lah cari payung terjun tadi/

Disuatu sudut berdiri seorang wanita dan dengan tegasnya memberi arahan " di payung terjun kamu masing ada sayu wire.dari situ anda perlu memasukkan kedalam soket yang disediakan. Dari situ payung terjun anda akan dicas dan koordinat anda anda akan dipantau sehingga anda sampai ke bumi". Terkedu i dengar..

Last2..kami tggu angin datang untuk bawak kami terbang.zzzZZZZ~

Shhhh: ~ Memang indah bila hidup ini ada mimpi, tapi jangan jadikan mimpi itu hidup kamu. Winkk2~



0

..Not easy..

It's not easy to live in extreme life, sometimes we need encouragement and support from others too.

Dah hampir sebulan kerja tanpa cuti...maksud saya without weekend, Walaupun ada hari yang tak perlu pergi ke office, tapi masih lagi standby dari umah.Lebih kurang kerja gak kan? Yang penting tak leh nk berjoli kat luar sana.

Memang rasa sangat exhausted.tapi ada yang lebih penat dari saya. Korbankan hujung minggu dengan keluarga, teman dan untuk diri sendiri. Bayangkan hanya ada hujung minggu untuk berehat dan 'menyetelkn' kerja rumah Tapi lately, baju sendiri pun tak terlipat.

Tapi nasib baik ada pembantu rumah dari jepooon.* Sempat lh kain baju berbasuh,tapi tak pulak dia pandai melipat. Hurrmmm~

Kalo nak diikutkan stress, yes i'm.

Tapi kadang tak nampak macam stress asyik bergelak sakan.well itu lah cara nak lepaskn tense dalam kepala otak ni.kadang ada betul jugak statement yang mengatakn ketawa itu pengubat penyakit.tapi jgn gelak xhengat dunia...gelak berlebihan boleh mematikan hati. Urmmm plak? Btol lah tu. Islam sendiri mengajar kita bersederhana.well i'm not pious sangat, tapi kadang kata masih beringat. Masa kita ingat ni lah kita nak muhasabah diri. Sebelum hati terus mati dan terus lupa akan mana halal,haram mana dosa dan pahala.

Masih lagi alpa ngn dunia ni..kadang2 ingat mati camne lah yer? Masa ulat2 memamah isi2 daging.seksanya azab nya.tu belum tiba kiamat lagi, nak dapatkan syafaat nabi mcm mana lah kalo hari2 kita lagi ingat boyfren dan mamat hencem lagi dari nabi sendiri. Tb2 cakap pasal agama plak. Well saya rasa macam dipandang serong plak. Tapi tak salahkan kita ingatkan diri sendiri pasal mati ?


Eh2..niat nak cakap pasal kerja, melencong jauh plak saya.

Ye lh...berbalik pasal kerja tadi, tentang penat sometimes anoying tahap gaban** melalui liku2 politik di tempat kerja, hipokritikus dan salah faham. Ni lah dunia sebenar wahai kawan. Walaupun masih baru dalam alam pekerjaan , tapi perkara yang menjelikkan berlaku setiap hari membuatkan saya rasa nak muntah.tak perlu nak explain lebih2 kat sini.one day or perhaps kamu pun pernah laluinya. Mungkin juga lebih teruk kan? Sabar lah. Tu jer saya mampu ungkapkan walaupun hakikatnya zaman sekarang dah tak ada manusia mengenal erti sabar. Betul apa? Huhuhuhu mysis told me,yang manusia sekarang bukan sabar,tapi cuba bertahan,andai kita bersabar..kita akan lupakan dan menerima secara ikhlas apa yang berlaku. If suatu hari nnti masih berlaku perkara yang buruk..kita tidak akan mengungkitkannya lg. Tapi tulah, sabar pun kita tak mampu.inikan pula ikhlas, ikhlas bukan lahir dari mulut, tapi ikhlas hanya wujud dalam hati dan hanya allah.s.w.t jer mengetahui.

Thats what i'm doing, bertahan sehingga suatu masa yang saya sendiri tak mampu bertahan. Jangan ikut hati, nanti mati. Jangan ikut asa, nanti binasa.. Ada kebenaran disebalik kata2 orang tua.Ye.saya ada kat sini lagi sebab komitmen family. Yep...family bergantung kat saya sekarang. Jadi saya berfikir banyak kali untuk ikut rasa. Tapi kadang2 saya ada mengintai peluang. Tipu saya cakap takde rezeki, tapi kurang berusaha tu adalah. Rezeki tu hak tuhan, tapi allah akan kurniakan kepada yang berusaha.betol tak? Tapi periuk nasik setiap orang berbeza kan? Janji kita berusaha. Saya percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. beriman lah dengan qada' dan qadar.


Sshhh: kalo kita fikir kita penat dan susah, fikir orang lain yang tak mampu merasa apa yang kita ada.


2

.Invi.

Dia rasa, orang lain tak sedar akan kewujudan dia kat muka bumi ni. Dia cuba membuat orang lain gembira,jadi die juga boleh bergembira, walaupun dia sedar kadang2 tak berbaloi. Tapi andai dia tersedu pun mungkinkah ada yang perasan? Mungkin ini lah dunia orang dewasa. Dia tak seperti dulu, hati merajuk dan tak ada siapa yang tahu atau perasan.

Dia makin takut untuk mendekati sesiapa, kerna hati nya berbisik..”adakah ini satu sumpahan?”. Jiwanya dingin, sedingin embun disubuh hari. Dia makin jauh dalam dunia dia sendiri. Walaupun hatinya sepi dan pedih.

Sshhh:Ucapkan dulu selamat tinggal jika kamu ingin melupakan aku kerana. Sekurangnya2 membuat aku merasa pernah wujud. =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top